Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti, kebolehpasaran peserta, dan kerelevanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.
Program akan bermula pada 12 December 2022. Tarikh tamat penyertaan adalah pada 7 December 2022.
Seluruh warga Bumiputera layak menyertai Program Tajaan Penuh, terutamanya Wanita dari golongan B40, ibu & bapa tunggal, pekerja bebas, perusahaan kecil, orang kurang upaya, pendidikan tidak formal, pelajar lepasan universiti dan tidak bekerja. Usia lebih daripada 18 tahun dan kurang dari 35 tahun.
Program ini akan berlangsung di airasia academy, KL Sentral selama 10 hari. Penginapan dan makanan akan disediakan untuk para peserta.
Program hanya dijalankan secara fizikal. Kehadiran adalah wajib 100% iaitu 10 hari.
Latihan akan dijalankan dalam bahasa Inggeris bagi menaikkan kebolehpasaran pelajar.
Pelajar akan berpeluang mendapat penempatan pekerjaan selepas tamat pengajian. Ia bergantung kepada kekosongan oleh majikan. Iklan kekosongan akan diberikan oleh pegawai penempatan. Sila pastikan anda sentiasa membaca emel dan peka akan terma dan syarat dari masa ke semasa.
Pelajar dikehendaki untuk “sign up” di portal airasia academy untuk menerima informasi dan berita terkini. Selain daripada itu, pelajar juga harus menghantar CV kepada pihak airasia academy, serta beberapa perkara lain. Informasi selanjutnya akan diterangkan di dalam kelas sepanjang program berlangsung. Kerjasama yang penuh terhadap proses dokumentasi peserta amatlah kami hargai.
Sijil profesional akan diberikan kepada pelajar yang berjaya tamatkan latihan dengan kehadiran penuh, memenuhi segala tugasan sepanjang latihan dan melengkap beberapa dokumen yang diperlukan.