Rambot

Program Bina Kerjaya Pekerja Tidak Formal

airasia academy merupakan penyedia latihan yang bekerjasama dengan PERKESO untuk menawarkan tempat dan latihan program profesional kepada Sektor Tidak Formal: Pekerja Gig dan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dan ke bawah. Tujuan dari program ini adalah memberi peluang kepada individu dalam Sektor Tidak Formal untuk meningkatkan potensi kemahiran mereka melalui akses ke latihan yang diperlukan.

Manfaat Program Bina Kerjaya

Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi Latihan Profesional.

Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu melalui persijilan.

Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya dan menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal.

Individu akan menerima elaun wang tunai sejumlah RM900* selepas menamatkan kursus.

Senarai Program yang Ditawarkan

Program Kemahiran Insaniah Digital (Digital Soft Skill Programme)

PROGRAM 5 HARI

  • Pertolongan Cemas (First Aid)
  • Kemahiran Insaniah (Soft Skill) - K.A.S.H Knowledge, Attitude, Skills, Habit
  • Alat Produktiviti Google Workspace (Google Workspace Productivity Tools)
Program Kemahiran Pemasaran (Digital Marketing & Sales Excellence)

PROGRAM 5 HARI

  • Asas Pemasaran Digital (Digital Marketing Overview)
  • Kemahiran Insaniah (Soft Skill) - K.A.S.H Knowledge, Attitude, Skills & Habit
  • Perkhidmatan Pelanggan yang Efektif (Effective Customer Service)
  • Kemahiran Telejualan (Sell Like A Pro - Telesales Skills)
Program Teknikal (Tech Programme)

PROGRAM 10 HARI

  • Pemasaran Digital (Digital Marketing)
  • Kejuruteraan Perisian (Software Engineering)
  • Analisis Data (Data Analytics)
  • Infrastruktur Awan (Cloud Infrastructure)
  • Keselamatan Siber (Cybersecurity)

Proses Pendaftaran Program

Pendaftaran Pertama

Klik butang [Daftar Sekarang] di bawah untuk mendaftar dengan segera.

Terima E-mel

Peserta akan menerima e-mel dari airasia academy untuk langkah pendaftaran selanjutnya.

Surat Kelulusan

Peserta yang berjaya akan mendapat Surat Kelulusan daripada PERKESO.

Program Bermula

Peserta akan mula mengikuti kursus yang dipilih.

Jangan lepaskan peluang anda. Tempat adalah terhad.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Individu yang berumur 16 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
  3. Individu yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.
  4. Individu yang tidak mempunyai caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) untuk tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.
  5. Keutamaan diberikan kepada individu yang berminat dan bermotivasi untuk melakukan transisi daripada pekerjaan tidak formal kepada pekerjaan formal. Profiling akan dilaksanakan bersama dengan individu untuk mengenal pasti individu yang bermotivasi untuk melaksanakan transisi pekerjaan dari sektor tidak formal ke sektor formal serta pemilihan kursus yang bersesuaian.
  6. Individu tersebut hendaklah memenuhi salah satu daripada kriteria berikut :
  • Individu yang mencarum di bawah Akta Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) sebelum 1 April 2023; atau
  • Individu yang hanya melakukan pekerjaan di bawah Sektor Tidak Formal semasa permohonan dibuat.

Peserta yang berjaya melepasi saringan akan mendapat Surat Kelulusan oleh PERKESO. Pihak airasia academy akan menghubungi peserta yang berjaya dalam masa terdekat. Jika tiada maklum balas dalam masa 30 hari bekerja bermakna peserta tidak berjaya.

Latihan akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Program ini akan berlangsung di airasia academy, KL Sentral.

  • Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal (Pekerja GIG atau Orang Bekerja Sendiri(OBS)l merupakan program inisiatif daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui latihan profesional.

  • Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.

  • Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web ini: https://shorturl.at/isAET

Pekerjaan sektor tidak formal membawa maksud semua jenis pekerjaan lain selain aktiviti pekerjaan formal. Ianya termasuk pekerja gig, bekerja sendiri, kerja kampung atau petani, nelayan atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau di tepi jalan.

Antara manfaat yang akan diperoleh menerusi Program Bina Kerjaya ini adalah:

  • Memberi peluang kepada individu di bawah Sektor Tidak Formal untuk mendapatkan latihan
  • Memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kemahiran mereka menerusi Latihan Profesional
  • Menghubungkan individu di bawah Sektor Tidak Formal ke Sektor Formal
  • Meningkatkan potensi peningkatan kerjaya kepada individu yang berada di bawah Sektor Tidak Formal

Sijil penyertaan akan diberikan kepada individu yang berjaya tamatkan latihan dengan kehadiran penuh, memenuhi segala tugasan sepanjang latihan dan melengkapkan beberapa dokumen yang diperlukan.